Kesyukuran dan Harapan: Titah Perpisahan Yang di-Pertuan Agong

yang di-pertuan agong


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengakhiri tempoh pemerintahannya dengan titah perpisahan yang mengharukan pada Majlis Jamuan Negara malam ini. Dalam titahnya, baginda menyatakan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan merakamkan penghargaan khusus kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Sesuai dengan lumrah dunia, setiap permulaan pasti berakhir dan setiap pertemuan akan ada perpisahan. Oleh itu, tiba masanya bagi saya dan Raja Permaisuri Agong untuk mengundurkan diri. Saya pulang ke Pahang dengan perasaan campur aduk, bersyukur kerana amanah ini dilaksanakan dengan sepenuh kudrat dan keikhlasan hati,” titah Seri Paduka.

yang di-pertuan agong

Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat Malaysia untuk menjaga perpaduan dan semangat hidup berkomuniti. Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga berharap agar kejayaan perpaduan yang dibina tidak goyah. “Dengan rasa insaf dan tawaduk, saya bersyukur atas nikmat, keafiatan, dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya ini,” tambahnya.

Seri Paduka juga mengharap agar rakyat Malaysia terus setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri yang baru. Saat emosional muncul apabila Al-Sultan Abdullah mengucapkan penghargaan khas kepada Tunku Azizah. Seri paduka menyebut betapa beliau sentiasa menyertai baginda dalam lawatan ke seluruh negara dan selalu membantu rakyat jelata

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

“Kepada Adinda Raja Permaisuri Agong, saya bersyukur kerana telah berjaya menawan hatinya 38 tahun lalu. Adinda juga telah menarik hati rakyat Malaysia selama lima tahun terakhir. Seperti Khadijah kepada Rasulullah, begitulah Adinda memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk memikul amanah ini,” pungkas Seri Paduka.

Majlis Jamuan Negara tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *