KUALA LUMPUR : Atlet muda Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf, telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun (B-14) di kejohanan ‘WA State Track & Field Championship 2024’ di Australia semalam.
Kejohanan berprestij di Stadium WA Athletics menyaksikan Nurelfira melonjak cemerlang dengan catatan masa rasmi yang luarbiasa, iaitu 13.10 saat (s). Prestasinya yang cemerlang ini menjadikan beliau juara bersama dengan Zoe Daby, walaupun catatan masa Zoe adalah 13.11s.
Nurelfira bukan hanya muncul sebagai juara, malah menjadi pelari terpantas dalam aksi saringan pertama dengan catatan 13.43s, mengungguli lima atlet tuan rumah dan memastikan kelayakan untuk beraksi di final.
Dalam kategori yang sama, tempat kedua diraih oleh Aaliyah Garbin dengan catatan masa 13.26s. Manakala Miia Velthuysen, yang mencatat 13.69s, menduduki tempat ketiga. Kedua-dua atlet ini adalah wakil Australia.
Turut menambah kejayaan, Nurelfira menyertai acara 200m lari berpagar, menduduki tempat kedua dengan catatan 29.93s, berkongsi kejayaan dengan atlet tuan rumah, Aleeah Pike.
Menurut ketua Jurulatih Dzulfikar Awang Anak, kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Portal Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini