Keunikan kelahiran pada 29 Februari bukanlah satu kebiasaan. Tarikh ini hanya muncul setiap empat tahun sekali, membuatnya menjadi sesuatu yang istimewa dan ditunggu-tunggu. Bagi individu yang lahir pada tarikh ini, kemeriahan ulang tahun menjadi lebih istimewa dan pasti disambut dengan kegembiraan yang luar biasa.
Pada tahun ini, kami telah berpeluang berhubung dengan salah seorang pengikut setia kami di platform ini, Nurisa Binti Dalawan, yang lahir pada 29 Februari 1992. Nurisa berkongsi bahawa memiliki tarikh lahir yang hanya muncul sekali dalam empat tahun ini membawa kegembiraan yang tersendiri. Dia merasakan keunikan dan keistimewaan yang tidak dapat dirasakan oleh individu yang lahir pada tarikh biasa.
Menurut Nurisa, kegembiraan ini seringkali diiringi dengan kesyukuran. Hanya dapat merayakan ulang tahun sekali dalam empat tahun memberikan satu rasa kesyukuran dan penghargaan yang mendalam. Meskipun mengakui bahawa ada cabaran dan tanya-jawab semasa zaman persekolahan, Nurisa menekankan bahawa sambutan ulang tahunnya tidak pernah dilupakan.
Nurisa turut berkongsi pengalaman di mana ada orang yang bersimpati dengannya, terutama di zaman sekolah ketika tarikh lahirnya tidak muncul setiap tahun. Namun, yang menariknya, sambutan ulang tahun yang jarang-jarang itu sentiasa menjadi satu kenangan yang manis dan pasti diingati.
Dalam keterangannya, Nurisa mendedahkan bahwa di waktu kecil, dia seringkali bertanya-tanya mengapa ulang tahunnya tidak diraikan setiap tahun seperti kebanyakan orang lain. Namun, dengan meningkatnya usia, dia sendiri memahami keunikan dan keistimewaan dalam kelahirannya.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini