KUALA LUMPUR : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan melancarkan inisiatif dan aktiviti dalam usaha menyampaikan fakta yang tepat dan jelas berkenaan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.
Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM, menyatakan perlunya memberikan pemahaman mengenai pembatalan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, sejajar dengan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
“Ketua Hakim Negara menegaskan bahawa isu dalam kes ini bukanlah mengenai kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di Malaysia. Tetapi berkaitan dengan sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan mengikut batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
Terbatal dan tidak sah
“Hukuman sivil dan syariah di Malaysia berbentuk takzir, di mana hukuman untuk kesalahan diadakan oleh pemerintah. Oleh itu, tidak ada cabaran terhadap undang-undang Islam di Mahkamah Syariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Jumaat yang lepas, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen daripada seorang peguam, Nik Elin Zurina, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Beberapa peruntukan kesalahan dalam enakmen itu yang terbatal. Termasuk Seksyen 11 yang berkaitan dengan pemusnahan atau pencemaran tempat ibadat, Seksyen 14 yang berkaitan dengan liwat, dan Seksyen 16 yang berkaitan dengan persetubuhan dengan mayat.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini