TAWAU – Parlimen P190 Tawau telah menganjurkan sebuah Rumah Terbuka dan Pesta Tahun Baharu Cina. Sambutan ini telah dihadiri lebih kurang 5,000 pengunjung. Mereka yang menyertai sambutan ini melibatkan masyarakat pelbagai kawasan seperti Tawau, Kunak, Kalabakan, dan sekitarnya.
Sambutan ini tidak hanya bersifat meriah memeriahkan Tahun Baharu Cina, tetapi juga menjadi satu wadah menghargai nilai keharmonian yang terdapat di Sabah. Meraikan perayaan tanpa mengira kaum, bangsa, dan budaya menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sabah.
Dalam satu penghargaan khas, Datuk Lo Su Fui memberikan gelaran “Bapa Perpaduan Sabah” kepada Yang Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Hajiji Hj Noor. Gelaran ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranannya dalam memperkasa keharmonian yang ada di Sabah. Meskipun hidup berbilang bangsa, keharmonian di Sabah terus terjaga dengan baik.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini