Pemerkasaan Wanita Melalui Pembangunan Diri

pemerkasaan wanita


TAWAU – Pemerkasaan wanita adalah satu elemen penting dalam masyarakat. Satu program yang bertujuan memperkasa wanita melalui pembangunan diri telah berlangsung di Ruby Hall, Marco Polo Hotel. Program ini tampil dengan kehadiran lebih seratus wanita dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat ADUN DUN N.70 Kukusan dan dianjurkan dengan kerjasama daripada pihak Institut Kajian Pembangunan Sabah.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg DSP Hjh Azizah Hj Mohd Dun, Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah. Ketika ditemui media, DSP HJ Azizah Hj Mohd Dun, yang menjelaskan bahawa program ini bertujuan memberikan ilmu terbaik kepada wanita di peringkat akar umbi di kampung dan bandar.

“Kami ingin menyokong dan membantu wanita untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Ini termasuk memberikan akses kepada ilmu dan kemahiran yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya.

Membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan

DSP HJ Azizah menyatakan bahawa Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) akan terus melaksanakan program-program kesedaran di peringkat akar umbi. Hal ini untuk memberikan kemahiran kepada wanita dan membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan.

Sebelum majlis perasmian, beberapa siri ceramah telah berlangsung. En. Rozekin Suratman, Pengasas Syarikat Rosmie Snack Industry, Pn Emily Jeneble, Pengasas Kelarai Craft, dan Dr. Janifal Alipal, Penyelidik Bersekutu Kanan IDS Sabah, berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam bidang masing-masing.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

DSP HJ Azizah juga menyentuh beberapa isu utama yang sering dihadapi oleh usahawan wanita. Termasuk kurangnya pemasaran produk, usaha bersendirian, dan keperluan koordinasi data yang lebih baik di kalangan agensi kerajaan dalam membantu mereka.

“Menerusi program ini, IDS akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan korporat untuk membantu para usahawan wanita mengatasi cabaran-cabaran ini,” tambahnya.

ADUN Kukusan, YB Rina Hj Jainal, yang turut hadir, menegaskan bahawa wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan komuniti di mana sahaja. Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan di daerah-daerah lain untuk memberi manfaat yang lebih meluas kepada wanita di seluruh Sabah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *