TAWAU – Setiap tahun, Tawau menganjurkan satu Pesta Tahun Baharu Cina yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Namun, tahun ini, Pesta Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Persekutuan Persatuan Cina Tawau membawa kemeriahan itu ke puncaknya. Hal ini mengatasi kegemilangan tahun-tahun sebelumnya. Dalam satu temu ramah bersama media, Tan Sri Liew Yun Fah, tetamu kehormat pada majlis tersebut, berkongsi pandangannya tentang kehadiran program tahun ini.
Dalam temu ramah tersebut, Tan Sri Liew Yun Fah menyatakan bahawa ADUN dari pelbagai parti politik serta wakil dari Konsulat Indonesia dan China turut memeriahkan acara tersebut. Persatuan pergerakan ini membantu menyampaikan mesej kepada masyarakat. “Kami melihat ini sebagai cara membantu kerajaan menyampaikan mesej dan impak positif kepada setiap lapisan masyarakat,” ujar Tan Sri Liew Yun Fah.
Pertunjukan yang dipersembahkan oleh persatuan-persatuan di bawah naungan persekutuan mencipta suasana riang di kalangan hadirin. Salah satu persembahan adalah pertunjukan tarian singa yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai kaum. Ini membuktikan bahawa di Tawau dan di Sabah secara keseluruhannya, kebudayaan Cina bersifat inklusif. Tarian ini menarik minat bukan hanya dari kaum Cina tetapi juga dari kaum lain.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini