Harmoni Seni Mempertahankan Diri Taekwando

taekwando


TAWAU – Kelab Taekwando MBV Tawau, sebuah kelab tempatan yang aktif dalam pembangunan kemahiran bela diri, menganjurkan majlis kenaikan bengkung sebagai usaha memastikan setiap anak-anak di komuniti mempunyai kemahiran mempertahankan diri yang kukuh.

Dalam satu kenyataan, kelab ini menyatakan kepentingan memahami seni mempertahankan diri, terutamanya dalam situasi yang tidak diingini. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat, Tan Sri Liew Yun Fah.

Dalam menyokong usaha kepada kelab ini, beliau berbesar hati untuk menyumbangkan RM3,000 untuk kegunaan kelab pada masa akan datang.

Majlis tersebut turut menyaksikan acara penyerahan borang keahlian parti. Tetamu kehormat majlis, Tan Sri Liew Yun Fah, yang juga merupakan Presiden dalam Parti Harapan Rakyat Sabah, memberikan ulasan positif tentang peningkatan keahlian parti dengan merangkumi sejumlah orang ahli baharu.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

“Dengan pertambahan ini, kita bercita-cita untuk menjadikan Parti Harapan Rakyat Sabah lebih kukuh di setiap daerah di Sabah. Khususnya di Pantai Timur. Kejayaan ini adalah langkah penting ke arah kemajuan,” ujarnya.

Tan Sri Liew Yun Fah turut menyoroti kejayaan parti dalam menyatukan masyarakat. Hal ini terutamanya melalui sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina baru-baru ini, mencipta suasana meriah dan kebersamaan.

Dalam suasana penuh semangat tersebut, beliau juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kekurangan yang mungkin berlaku semasa sambutan Rumah Terbuka tersebut.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *