Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sebagai Wadah Perpaduan Sabah

perpaduan

TAWAU – Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 3,000 orang pengunjung menandakan semangat perpaduan dan kepelbagaian kaum di Sabah.Ir. Shahelmy, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, hadir sebagai tetamu kehormat dalam rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah di Dewan Lau Gek Poh, Tawau.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata ” Rumah terbuka ini bukan sahaja disambut hangat oleh masyarakat Tiong Hua di Tawau, tetapi juga turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum dari seluruh Sabah.” Beliau turut menyatakan bahawa kehadiran ramai dari pelbagai lapisan masyarakat adalah satu bukti semangat perpaduan yang subur di Tawau dan Sabah secara keseluruhannya.

Perpaduan

Tan Sri Liew Yun Fah, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, menyambut baik kehadiran Ir. Shahelmy yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) adalah untuk semua kaum di negeri ini. Prinsip ini bukan hanya bertujuan untuk bumiputra, tetapi merangkumi semua lapisan masyarakat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam majlis tersebut, turut hadir beberapa tetamu kehormat termasuk Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dan Datuk Paduka dari Istana Negara. Keberadaan mereka menunjukkan ketiadaan halangan dan hubungan yang kukuh antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Tidak dilupakan juga, Setiausaha Politik Kanan, Shamsul Iskandar juga turut menghadiri majlis tersebut.

Perpaduan

Selaku tuan rumah, Tan Sri Liew Yun Fah menyatakan rasa bangganya dengan kehadiran yang memeriahkan program ini. Program ini tidak hanya diwarnai oleh suasana Tahun Baharu Cina, tetapi juga dengan pelbagai persembahan menarik. Beliau berharap semangat perpaduan yang dirasai pada majlis ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *