Masyarakat Kukusan Bersatu Dalam Agihan Bubur Lambuk

TAWAU – Kegiatan masyarakat bergotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadan diteruskan dengan penuh semangat di kawasan Kukusan. Dengan penyampaian lebih daripada 4000 tapau oleh YB Rina Hj Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan.

Dalam usaha untuk memastikan bantuan yang disalurkan mencakupi pelbagai kawasan, penyelarasan agihan diatur bagi melibatkan kawasan-kawasan strategik seperti hospital besar, balai polis, jabatan dan agensi kerajaan, sebelum melanjutkan agihan ke sekitar jalan utara.

bubur lambuk
YB Rina mengedarkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan

YB Rina Hj Jainal turut menyampaikan pesanan penting mengenai keselamatan jalan raya kepada penduduk semasa program penyampaian bubur lambuk. “Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Saya harap semua pihak dapat mengambil langkah berjaga-jaga ketika berkenderaan, terutamanya ketika beraya,” katanya.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama syarikat Adabi, bermula dari pagi Ahad lalu, di Masjid Muhibbah Raya. Kesatuan masyarakat tempatan turut tercermin dengan penglibatan beberapa entiti. Antaranya Komuniti Rukun Tetangga (KRT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta pelajar kolej komuniti dan kolej vokasional yang turut serta sebagai sukarelawan dalam program berkenaan.

bubur lambuk
YB Rina ketika ditemui media setelah selesai membuat agihan bubur lambuk

Penyelarasan usaha bersama ini menegaskan semangat perpaduan dan gotong-royong di kalangan masyarakat Kukusan dalam memastikan kesejahteraan bersama terjaga, terutamanya dalam menyambut bulan yang mulia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *