TAWAU – Bahas Kalabakan telah menjadi sorotan utama di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Tawau. Program ini bertujuan memberikan platform kepada pelajar di Sekolah Menengah Parlimen Kalabakan agar dapat berfikir secara kritis dalam mendalami sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat dan negara.
Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang fasih dalam berbicara dan melihat sesuatu isu dari perspektif yang lebih meluas. Ini sejajar dengan keperluan untuk mengasah aspek modal insan yang merupakan elemen penting dalam pembentukan generasi muda yang berfikiran terbuka dan kreatif.
Majlis perasmian program ini dihadiri oleh YB Datuk Andi Suryady Bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan. Beliau sangat berbesar hati dengan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa program ini adalah satu inisiatif julung kali diadakan dalam kalangan pelajar di daerah ini.
Pelajar yang terlibat dalam program ini diberi peluang untuk menggunakan masa terluang mereka bagi mempersiapkan diri dalam perbahasan sebegini. Ini bukan hanya memberikan pengalaman yang berharga tetapi juga mengajar mereka untuk menghindari aktiviti yang tidak berfaedah dan memberi tumpuan kepada perkembangan diri.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini