TAWAU – Dunia sukan taekwando di Tawau, kini bersinar dengan kehadiran Empire Taekwando Club (ETC), satu pusat latihan baharu yang menjadi inisiatif terpuji dalam memajukan seni mempertahankan diri ini. Acara perasmian kelab yang berlangsung pada Sabtu lepas telah dirasmikan oleh YB Datuk Nizam Hj Abu Bakar Titingan, ADUN Apas.
Menurut ADUN Apas itu, seni mempertahankan diri taekwando bukan hanya sekadar sukan, tetapi juga merupakan satu disiplin yang mampu membentuk minda dan karakter para pelatih. Pusat latihan ini menerima pelatih dari umur 4 tahun, membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk muncul dalam arena sukan taekwando.
Presiden kelab, Coach Rusfredy Tokan, seorang yang berpengalaman dan pernah bertanding di peringkat antarabangsa, membayangkan kelab ini bakal melahirkan atlet dan bintang sukan dalam arena taekwondo. Pengalaman yang dimiliki oleh Rusfredy adalah satu contoh yang sangat bernilai untuk diterapkan kepada para pelatih.
Menurut Rusfredy, pusat ini memerlukan lebih banyak fasiliti untuk meningkatkan taraf latihan dan permainan. Beliau menekankan pentingnya pendedahan latihan di luar negara, khususnya di Korea. Negara tersebut terkenal dengan memberikan latihan dan program pembangunan kepada atlet taekwondo di seluruh dunia.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini