Kemalangan di Jalan Apas Balung, Seorang Maut

kemalangan

TAWAU : Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan lori berlaku di Jalan Apas Balung, Tawau pagi tadi. Dalam kejadian tragis itu, seorang lelaki telah kehilangan nyawa manakala seorang lagi cedera parah. Dua kenderaan yang terlibat iaitu sebuah Myvi dan Lori 10 tan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 pagi berhubung kemalangan tersebut. Dalam tindakan pantas, sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera segera dihantar ke tempat kejadian.

kemalangan

“Kereta yang dipandu bertembung dengan lori 10 tan, menyebabkan dua orang lelaki terperangkap di dalam kereta mereka,” jelas jurucakap tersebut. “Satu daripada mereka dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang satu lagi mengalami kecederaan serius.”

Pemandu lori hanya mengalami cedera ringan dan telah diberi rawatan oleh pasukan EMRS. Mangsa yang tercedera telah dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi memastikan keselamatan lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan. Maklumat lanjut mengenai mangsa masih belum diperolehi.

Semua pemandu diharapkan dapat memandu dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *