Emas Bernilai RM585 Juta Telah Dijual Hasil Perlombongan Emas di Tawau

emas

KOTA KINABALU : Hari ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, telah diumumkan, sebanyak 2,300 kilogram jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual. Jumlah ini hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang bermula beroperasi pada tahun 2018.

Pembantu Menteri kepada Menteri Kewangan, Datuk Julita Majungki, menyatakan bahawa Kerajaan Sabah menerima lima peratus royalti. Royalti ini ke atas hasil jualan emas mentah. Jualan ini berjumlah RM23.96 juta daripada lombong seluas 317.7 hektar tersebut.

emas

Menjawab soalan lisan Datuk Yong Teck Lee mengenai cukai jualan dan cukai eksport bagi emas yang dibawa keluar dari Sabah. Julita menyatakan bahawa Kerajaan Sabah belum mengenakan cukai jualan negeri. Setelah itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak mengenakan duti eksport ke atas emas yang dibawa keluar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Bagi memastikan kutipan hasil yang optimum, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa jabatan. Antaranya Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah Mineral Mangement Sdn Bhd, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkara ini untuk meningkatkan proses perlombongan dan peleburan emas agar lebih telus dan efektif.

Julita juga menyatakan bahawa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, telah melantik Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebagai Ketua Merinyu Galian. Perkara ini selaras dengan Seksyen 2, Ordinan Perlombongan Sabah 1960 bermula pada 1 Januari 2023. Pelantikan ini untuk mentadbir Sistem Pentadbiran Mineral di Sabah dan mengawal selia operasi perlombongan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *