Dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut

helikopter

LUMUT: Dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi tadi. Insiden ini menyebabkan 10 mangsa maut, termasuk tujuh lelaki dan tiga wanita.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, menyatakan bahawa butiran penuh mengenai mangsa hanya akan diberikan oleh TLDM. Selain itu, siasatan akan ditangani oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

helikopter

Beliau menjelaskan bahawa mayat mangsa ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Lumut sebelum akan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh setelah keluarga mangsa tiba.

Siasatan di tempat kejadian diketuai oleh TLDM dengan bantuan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Siasatan melibatkan dua lokasi pesawat terhempas berdekatan stadium bola sepak dan kolam renang dalam pangkalan TLDM.

“Semua mangsa telah dikeluarkan dari tapak nahas dan dibawa ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut. Namun, proses siasatan lanjut akan dilakukan di Hospital Ipoh (HRPB). Siasatan masih dalam peringkat awal, dan kita serahkan kepada pihak ATM,” katanya dalam sidang media di pintu pagar hadapan Pangkalan TLDM Lumut.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Kejadian nahas berlaku pada jam 9.30 pagi ketika dua helikopter TLDM sedang menjalankan latihan udara sempena Sambutan Hari Ulang tahun TLDM ke-90 yang bakal diadakan dari 25 April hingga 5 Mei ini.

Kedua-dua helikopter, yang berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi. Helikopter tersebut dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Akibat pertembungan tersebut, kedua-dua pesawat hilang kawalan dan terhempas. Satu helikopter terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut dan satu lagi di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *