Usahawan Tempatan Terima Insentif SME UP Pada Karnival PMKS

PMKS

TAWAU – Karnival PMKS Sabah Zon Tawau telah menjadi platform yang berjaya dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan tempatan. Khususnya melalui inisiatif SME UP yang telah diadakan.

Dalam upaya membantu usahawan tempatan meneroka pasaran baru dan meningkatkan hasil jualan mereka, pelaksanaan karnival ini telah menghadirkan pelbagai inisiatif bantuan, terutamanya melalui SME UP.

Dengan fokus pada bantuan SME UP, lebih daripada 35 usahawan di Zon Tawau telah menerima bantuan. Peruntukan untuk SME UP ini adalah berjumlah sebanyak RM15 juta.

PMKS

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata “Bantuan itu termasuklah menyediakan mesin pembuatan, mendapatkan sijil Halal, sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan bantuan digitalisasi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan PMKS Sabah Zon Tawau dan Rumah Terbuka Aidilfitri, di sini, semalam.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Keputusan untuk membuka permohonan untuk bantuan ini telah menjadi berita baik kepada komuniti usahawan tempatan. Dengan jumlah maksima sebanyak 20,000 bagi setiap permohonan, usahawan kini memiliki lebih banyak peluang untuk memajukan perniagaan mereka.

PMKS

Langkah ini sejajar dengan matlamat karnival, iaitu untuk memperkenalkan produk tempatan kepada pasaran yang lebih luas. Seterusnya memberi sokongan kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Karnival ini juga menjadi platform untuk mempereratkan hubungan antara usahawan dan komuniti setempat. Selain itu, sambil menjana semangat keusahawanan dan kejayaan di kalangan masyarakat Sabah.

Diharapkan usaha ini akan terus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *