Letusan Gunung Berapi Ruang, Malaysia Airlines Batal Penerbangan

gunung berapi


KUALA LUMPUR –  Malaysia Airlines telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan pada 18 April 2024. Hal ini akibat daripada letusan gunung berapi Ruang di Indonesia.

Letusan gunung berapi di Gunung Ruang di wilayah Sulawesi Utara itu telah menyebabkan beberapa penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak pada 18 April 2024 dibatalkan.

gunung berapi

Sebuah gunung berapi di Indonesia meletus beberapa kali. Keadaan ini memaksa ratusan penduduk dipindahkan selepas ia memuntahkan lahar dan debu tebal setinggi lebih 1,500 meter ke permukaan udara.

Letusan pertama gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara itu berlaku pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa. Kemudian ia meletus lagi pada awal pagi Rabu.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Pemindahan segera telah dilakukan melibatkan lebih 800 penduduk di dua perkampungan di Pulau Ruang dan Tagulandang.

“Letusan pertama membebaskan debu tebal setinggi dua kilometer ke permukaan udara. Ia disusuli dengan ledakan kedua,” kata Ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Difahamkan, aktiviti vulkanik di Ruang meningkat selepas kejadian dua gempa, baru-baru ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, tahap amaran Ruang setinggi 727 meter itu telah dinaikkan daripada dua kepada tiga malah pihak berkuasa turut menguatkuasakan zon pengecualian untuk lingkungan empat kilometer dari lokasi kawah.

Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.

Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang manakala 783 orang lagi telah berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke tanah besar menggunakan feri dan bot.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *