Starbucks Tawau Mangsa Vandalisme

starbucks

TAWAU – Mangsa vandalisme baru-baru ini termasuklah cawangan Starbucks di Tawau, yang diconteng dengan perkataan “boikot” dan “Free Palestine”. Kejadian itu dilaporkan oleh media sebelum ini, yang melaporkan bahawa cawangan kedai kopi antarabangsa itu di Jalan T2 dilapisi dengan cat sembur.

Starbucks merupakan salah satu kedai yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Namun, penggerak kempen boikot di negara ini, BDS Malaysia, menolak sikap melampau dalam menyuarakan pendirian mereka.

starbucks

Pengerusinya menegaskan sikap itu Selasa lepas sebagai tindak balas terhadap perlakuan yang melecehkan pelanggan restoran McDonald’s.

Perbuatan vandalisme ke atas cawangan Starbucks Tawau itu dikesan sekitar 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan sebelum pengurusan syarikat membuat laporan polis.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, mengesahkan bahawa semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh dua individu. Walau bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa rakaman CCTV itu kurang jelas.

“Pihak polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini dan jika dikenali, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Gambar contengan tersebut kini tersebar melalui media sosial, terutamanya di kalangan kumpulan masyarakat setempat di Tawau dan Sabah.

Selain Starbucks, Premis Mc Donald di Jalan Apas Tawau juga menjadi mangsa vandalisme yang berlaku.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *