Kerajaan Negeri, KDN Kerjasama Banteras Penyalahgunaan Dadah

TAWAU: Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memperkukuhkan lagi usaha dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Selaras dengan fokus KDN terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Termasuk keselamatan dan pembanterasan jenayah, beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri ini.

dadah

Justeru beliau mahu semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi Persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak bersama. Hal ini untuk memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

“Saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program-program kesedaran awam mengenai salah guna dadah di kalangan belia.

“Saya percaya MBS dan badan-badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko,” katanya sempena Program AADK Bersama Masyarakat. Program ini bersempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk lr Shahelmey Yahya. Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan komitmen. Terutama untuk mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani permasalahan dadah khususnya di Negeri Sabah.

Penubuhan PUSPEN di Tawau

Terdahulu, majlis pecah tanah bagi tapak Projek Pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tawau. Projek tersebut terletak di Batu 36 dan telah disempurnakan Ahad lepas.

Mengenai majlis itu Hajiji berkata, penubuhan PUSPEN di Tawau adalah usaha untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan serta pemulihan berkaitan dengan dadah kepada mereka yang memerlukan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini telah bermula sejak 2019 lagi. Akhirnya ia menjadi kenyataan apabila berjaya diwartakan pada tahun lalu.

“Oleh kerana kemudahan ini hanya ada di Papar sahaja, justeru perjalanan antara pantai barat dan pantai timur negeri ini agak mengambil masa. Dengan adanya kemudahan ini, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur untuk mendapatkan akses rawatan. Selain itu untuk  pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPENPapar,” katanya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *