Dadah Jenis Syabu Bernilai RM120,282 Dirampas

syabu

TAWAU – Kampung Inderasabah menjadi tempat tumpuan hari ini apabila enam lelaki, termasuk seorang warga tempatan, ditahan atas tuduhan menjalankan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu seberat dua kilogram.

Serbuan yang bermula sekitar jam 1.30 pagi itu telah dijalankan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan tersebut.

syabu

Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau, menjelaskan bahawa kesemua suspek yang terlibat dalam kegiatan itu telah cuba melarikan diri. Namun, usaha mereka telah digagalkan oleh pasukan serbuan di sebuah rumah tidak berlabel di kawasan tersebut.

Selepas pemeriksaan awal, adalah ditemui bahawa seorang daripada suspek adalah warga tempatan. Manakala lima lagi adalah warga Indonesia berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Ketika pemeriksaan lanjut dilakukan, pasukan serbuan menjumpai dua bungkusan bertulis Freeso-Dried Durien berwarna keemasan yang mengandungi bahan hablur yang disyaki dadah jenis syabu.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Jumlah anggaran kasar dadah yang dirampas adalah seberat 2,016.92 gram bernilai RM120,282. Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” jelas Jasmin dalam sidang media di IPD Tawau.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua suspek tersebut akan ditahan selama tujuh hari hingga 9 Mei akan datang. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati empat daripada suspek tersebut positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Polis sedang berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah yang terlibat dalam kes ini. Kami memberi amaran keras bahawa kami tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah di daerah ini,” tambahnya lagi.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *