Pembinaan Dewan Baharu SMK Tawau Bakal Bermula Tahun Hadapan

dewan

TAWAU – Temasya Sukan SMK Tawau yang ke-58 telah diadakan dengan penuh jayanya. Namun, sukan kali ini merupakan sukan terakhir yang diadakan di Padang Sekolah SMK Tawau. Hal ini kerana, kawasan padang sekolah ini akan dijadikan tapak pembinaan dewan baharu bagi SMK Tawau.

Dalam satu dorongan menyokong usaha pembangunan sekolah, sumbangan berjumlah RM10,000 telah diserahkan oleh YB Rina Hj Jainal, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah yang juga merupakan ADUN Kukusan. Upacara penyerahan replika cek tersebut telah diadakan pada majlis penutupan temasya sukan SMK Tawau pada hari ini.

dewan
Penyerahan replika cek sumbangan YB Rina kepada pihak PIBG Sekolah

Rina mengulas lanjut mengenai dewan sekolah baharu, “Dewan ini akan mula dibina bermula tahun hadapan”. Permohonan bagi pembinaan dewan ini telah lama dikemukan oleh pihak sekolah kepada pihak yang berkenaan. Keputusan permohonan sangat memberangsangkan dan pembinaan dewan telah diluluskan.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Beliau ditemui media ketika Majlis Penutupan Temasya Sukan SMK Tawau hari ini. Mengulas mengenai aktiviti sukan pada kali ini, beliau sangat teruja dengan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan aktiviti sukan kali ini.

Selain itu, beliau turut gembira dengan penglibatan alumni SMK Tawau yang turut terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan sukan sekolah ini. Hal ini menunjukkan semangat untuk sekolah tercinta tidak pernah luntur walaupun telah menghabiskan pelajaran di sekolah tersebut.

dewan
YB RIna ketika ditemubual media

Turut hadir ke majlis ini, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kukusan, Encik Sukardi, Pengerusi PIBG SMK Tawau, Encik Amir Kanje dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *