TAWAU – Burung murai batu, dengan keunikan tersendiri dalam bunyi dan warna, telah menjadi salah satu daya tarikan yang menarik di Tawau. Keindahan burung ini bukan sahaja terletak pada penampilannya tetapi juga pada bunyinya yang merdu dan variasi warnanya yang memukau. Keunikan ini telah memikat hati ramai penggemar burung, menjadikan penjagaan burung murai sebagai hobi yang sangat unik dan menarik.
Baru-baru ini, Persatuan Seni Burung Murai Batu Tawau telah menganjurkan pertandingan seni smackdown. Sebuah acara yang tidak hanya menonjolkan keindahan burung murai tetapi juga mengeratkan silaturahim antara penggemar burung. Pertandingan ini berjaya mengumpulkan peserta dari dalam dan luar Tawau, termasuk dari Kunak, Sandakan, dan Lahad Datu. Kejayaan ini menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam kalangan penggemar burung murai. Terutama mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berkumpul dan berkongsi hobi mereka.
Acara ini telah menjadi salah satu tarikan yang sangat menarik di Tawau. Acara ini menarik minat masyarakat setempat dan membuka lebih banyak peluang untuk berkenalan di kalangan peserta. Program seperti ini tidak hanya menggalakkan minat terhadap hobi unik seperti pemeliharaan burung murai tetapi juga menyatukan komuniti dan mempererat hubungan sosial.
Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti
Tahniah Kepada Penganjur
ADUN Kukusan, YB Rina Jainal memberikan ucapan tahniah kepada penganjur atas usaha mereka dalam menjayakan acara ini. Beliau ketika ditemui media berkata “Sambutan positif daripada masyarakat setempat menunjukkan bahawa acara ini telah mula mendapat tempat di hati penduduk Tawau”. Rina hadir merasmikan program santai ini yang bertempat di Tanjung Batu Keramat, Tawau.
Beliau juga ingin menyarankan kepada para belia untuk menyertai hobi-hobi sedemikian. Selain memberi kepuasan dan kegembiraan, hobi ini juga membina rasa cinta terhadap binatang dan alam sekitar. Dengan mencuba hobi baru seperti memelihara burung murai, golongan belia dapat mengembangkan minat yang mungkin tidak pernah mereka sedari sebelum ini.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini