Parti Kelapan Sertai Gabungan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU – Parti Cinta Sabah (PCS) telah rasmi menjadi ahli terbaru dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan ini menjadikan lapan parti tempatan yang mengetuai kerajaan negeri Sabah.

Selain PCS, gabungan ini telah dianggotai oleh tujuh parti lain. Antaranya ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Selain itu, turut bersama dalam gabungan ini iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Permohonan rasmi PCS untuk menyertai GRS, yang dipimpin oleh Tan Sri Anifah Aman, telah diterima dan diumumkan oleh Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun, melalui satu kenyataan media.

gabungan

“Dengan sukacitanya diumumkan bahawa Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai oleh Tan Sri Anifah Aman telah membuat permohonan rasmi untuk menjadi komponen baharu dalam GRS. Semua Presiden parti komponen GRS sebulat suara menerima PCS sebagai anggota baharu. Penyertaan PCS, sebuah parti tempatan, adalah langkah penting dalam memperkukuhkan kesatuan dan perpaduan politik di Sabah. Kami yakin bahawa dengan kerjasama yang erat, kita dapat mencapai matlamat bersama. Terutama untuk membangunkan Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera,” ujar Masidi.

Masidi juga menekankan bahawa prinsip “Sabah First” atau “Sabah Diutamakan” akan terus memperkukuhkan GRS. Menjadikannya bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi kesejahteraan dan kemakmuran Sabah. “Kami berharap rakyat Sabah akan memberikan sokongan penuh kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” tambahnya.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Kepentingan Sabah Sebagai Keutamaan

GRS ditubuhkan secara tidak rasmi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020. Setelah itu didaftarkan secara rasmi pada Februari 2022, diiktiraf sebagai gabungan parti politik pada 11 Mac 2022. Sejak itu, GRS telah mengetuai kerajaan Sabah.

Dalam kenyataannya, Anifah menekankan bahawa PCS, sebagai sebuah parti politik tempatan, komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan terbaik bagi Sabah dan rakyatnya. PCS turut berkongsi prinsip “Sabah First” dengan GRS, menempatkan hak dan kepentingan Sabah sebagai keutamaan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *