Kebakaran di Kampung Sentosa: Pentingnya Penggazetan untuk Kelangsungan Bantuan

TAWAU : Isu penggazetan kampung menjadi antara perkara utama dalam membuat pertimbangan menyalurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sentosa. Kejadian kebakaran yang berlaku sebelum ini melibatkan 4 buah rumah dan 6 Ketua Isi Rumah (KIR).

Dalam menyalurkan bantuan kerajaan negeri, keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang telah digazetkan. Menurut ADUN Kukusan, YB Rina Hj Jainal “terdapat beberapa permasalahan untuk memproses bantuan disebabkan status kampung yang belum digazetkan”.

kebakaran

Kampung Sentosa merupakan sebuah perkampungan yang telah diduduki oleh beberapa generasi namun masih belum dapat digazetkan sebagai kampung rasmi.

Rina menambah, kerajaan negeri perlu mengambil serius terhadap isu ini bagi meringankan masyarakat terutamanya apabila berlaku kejadian yang tidak diingin seperti kebakaran yang berlaku kali ini.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Beliau ditemui media ketika lawatan ke lokasi kejadian kebakaran di Kampung Sentosa dan memberikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kalabakan merangkap ADUN Tanjung Batu iaitu YB Datuk Andi Suryady.

Andi melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen menyalurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran. Ketika ditemui media, beliau memaklumkan telah membuat permohonan bantuan kewangan daripada Pejabat Perdana Menteri, namun permohonan masih dalam diproses ketika ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada masyarakat untuk mengambil tindakan berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang. Tambahnya lagi, diharapkan masyarakat di Tawau dan Kalabakan dapat bersama dalam membantu mangsa kebakaran di Kampung Sentosa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *