Pertandingan Gerbang Raya Bakal Dijadikan Acara Tahunan di Tawau

gerbang

TAWAU: Pertandingan Gerbang Raya mula diperkenalkan pada tahun 2022 di Tawau. Pada tahun 2024, pertandingan ini diletakkan dibawah sebuah program yang dinamakan sebagai Karnival Ramadan Sabah. Karnival yang diadakan mempunyai peluang untuk dijadikan sebagai program tahunan di Tawau kerana pengisiannya yang unik.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata “Pertandingan Pintu Gerbang Raya yang menjadi salah satu pengisian karnival ini adalah paling unik dan telah menjadi ikutan di daerah-daerah lain.

gerbang

“Justeru, saya berharap karnival yang cukup meriah ini perlu dijadikan kalendar acara tahunan di daerah Tawau dan mendapat perhatian semua pihak termasuk kerajaan negeri,” katanya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Ramadan Sabah, di sini pada Isnin.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Tambahnya lagi, “Karnival ini perlu ditambah baik dengan pengisian yang lebih banyak. Selain itu, memerlukan kerjasama semua pihak seperti kerajaan negeri, kementerian berkaitan dan syarikat-syarikat korporat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nizam memberikan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan para penaja. Hal ini kerana menjayakan program ini lebih baik pada setiap tahun.

gerbang

Pertandingan Gerbang Raya 2024 telah menobatkan Kampung Bentol sebagai Juara dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000. Kampung-kampung lain yang menyertai pertandingan ini turut membawa hadiah masing-masing berupa wang tunai dan hamper.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *