Sabah Bakal Terima Peruntukan RM1.41 Bilion

sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengumumkan peruntukan besar sebanyak RM1.41 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan luar bandar di Sabah pada tahun ini.

Peruntukan tersebut menandakan peningkatan sebanyak RM290.1 juta atau 20.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menjadikannya jumlah yang tertinggi yang diperuntukkan oleh KKDW kepada mana-mana negeri pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa jumlah tersebut merangkumi 295 program atau projek. Peruntukan ini termasuk 70 program atau projek baharu dan 225 program atau projek sambungan. Kos keseluruhan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah bernilai RM17.8 bilion.

sabah

Beliau menegaskan perkara ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB) di Sabah.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM1.06 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 224 projek infrastruktur utama. Antaranya ialah Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Ini juga termasuk pembiayaan untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK). Pembiayaan ini bertujuan menyokong usaha pembangunan oleh kerajaan negeri Sabah.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Ahmad Zahid mengakui bahawa terdapat banyak projek luar bandar di Sabah yang masih terbengkalai. Hal ini disebabkan oleh masalah penyelarasan antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Masalah ini melibatkan dua kategori projek, iaitu projek bernilai RM50 juta ke bawah yang diberi kepada kerajaan negeri dan projek bernilai RM50 juta ke atas yang dilaksanakan oleh KKDW melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana.

Sumber : Berita Harian, Facebook Page Ahmad Zahid Hamidi

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *