Santuni Wartawan Veteren RTM Alami Masalah Kesihatan

wartawan

TAWAU – Wartawan Veteran RTM, Masniah Djaman, kini sedang mengalami masalah kesihatan di kediamannya. Berita ini telah diterima oleh Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Presidennya, Tan Sri Liew Yun Fah, telah melakukan lawatan ke rumah Masniah setelah mendapat maklumat tersebut. Lawatan ini turut membawa bantuan berupa kerusi roda bagi membantu pergerakan Masniah yang sedang sakit.

Menurut Tan Sri Liew, sumbangan tersebut adalah tanda kepedulian mereka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh Masniah.

“Saya diberitahu bahawa beliau memerlukan kerusi roda yang mudah digunakan untuk bergerak di rumahnya. Oleh itu, sebaik mendapat maklumat ini, saya serta-merta melawat dan memberikan bantuan yang diperlukan,” katanya semasa lawatan ke rumah Masniah.

Tan Sri Liew turut menambah, Masniah adalah individu yang telah memberikan banyak sumbangan kepada pemimpin dan masyarakat dengan melaporkan berita-berita yang tepat.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

“Semasa menjadi wartawan di kawasan ini, beliau sangat aktif terlibat dalam melaporkan program-program kerajaan dan membantu saya semasa saya baru menceburi dunia politik,” katanya.

Tan Sri Liew juga berkata bahawa media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat, dan bantuan media amat diperlukan untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

“Saya berharap agar pemimpin dan masyarakat yang mengenali Masniah datang melawat. Lawatan ini untuk memberikan semangat dan sokongan kepada beliau agar cepat sembuh,” ujarnya.

Beliau juga berdoa agar Masniah diberi kesabaran dalam menghadapi cabaran dan mendoakan semoga cepat sembuh sepenuhnya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *