Cabaran Warga Pendidik Dalam Era Teknologi Semakin Mencabar

TAWAU – Semua warga pendidik perlu mempersiapkan diri untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam era teknologi yang semakin berkembang maju. Hal ini bertujuan agar warga pendidik dapat membimbing pelajar memanfaatkan kemajuan teknologi tanpa menyalahgunakannya. Anak murid yang ada pada zaman ini mungkin lebih mahir daripada guru-guru dalam penggunaan teknologi. Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran teknologi mereka agar dapat mengimbangi dan memanfaatkan kemahiran murid-murid mereka dengan berkesan.

pendidik

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata “semua warga pendidik dapat menerima cabaran untuk meningkatkan pengetahuan mereka sebagai seorang yang mendidik anak bangsa di dalam era teknologi yang semakin berkembang maju”. Selain itu, beliau menambah “Diharapkan apresiasi dan penghargaan ini dapat memberikan suntikan semangat kepada guru-guru. Hal ini supaya lebih cemerlang bagi menjadikan Sabah selari dengan hala tuju kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan seluruh anak negeri,”. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Majlis Apresiasi Pengurusan Pendidikan Negeri Sabah tersebut.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin pula mengulas mengenai kejadian kebakaran di SK Abaka yang berlaku beberapa hari lalu. Menurut beliau, “Komitmen kami adalah memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan teratur dan tidak terganggu.” Selain itu, beliau turut menyatakan “beberapa buah bilik khas yang boleh digunakan untuk keberlangsungan pengajaran dan pembelajaran

pendidik

PIBKS Bantu Tingkat Gred Sekolah

Selain itu, turut ditemui Focal Person Kebangsaan PIBKS Sabah, Mohammad Arif Tun Sakaran, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memastikan gred sekolah di Sabah meningkat. “Agenda kami adalah membantu sektor pendidikan di Sabah dari segi akademik, sahsiah, dan pembangunan kokurikulum termasuk di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Melalui komitmen dan kerjasama antara jabatan pendidikan, pejabat pendidikan daerah, dan PIBKS, diharapkan sektor pendidikan di Sabah akan terus maju. Selain itu dapat menghasilkan generasi celik teknologi serta berdaya saing di peringkat global.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *