Debaran Jemaah Haji Menjelang Hari Wukuf

haji

MAKKAH – Hari kemuncak dalam ibadah haji iaitu hari Wukuf bakal bermula lebih kurang daripada tempoh 24 jam. Debaran ini bukan sahaja dirasai oleh 31,600 jemaah haji Malaysia tetapi juga lebih daripada dua juta umat Islam yang menjadi Duyufurrahman untuk musim 1445H/2024.

Perjalanan yang dijangka akan bermula seawal enam pagi esok menuju ke Masyair untuk melakukan ibadah wukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di ketiga-tiga jamrah bermula 9 Zulhijjah (15 Jun) sehingga 12 Zulhijjah (18 Jun). Kesemua aktiviti ini pastinya memerlukan persediaan rapi aspek rohani, fizikal serta mental.

Jemaah haji akan mula berhimpun menyempurnakan hari wukuf di Arafah bermula esok. - Foto REUTERS

Ini ditambah lagi dengan suhu semasa hari Wukuf yang dijangka akan mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius. Suhu ini akan menambahkan lagi cabaran untuk jemaah haji tahun ini.

Menerusi Berita Harian, tinjauan ke bilik penginapan jemaah mendapati, masing-masing mula mengemas barangan yang perlu dibawa untuk Masyair mengikut saranan Tabung Haji (TH). Perkara ini termasuk pakaian dan barangan penjagaan diri untuk dimuatkan di dalam satu beg sahaja. Hal ini berikutan ruangan yang terhad dalam khemah semasa di Arafah dan Mina.

Nurul Akmal Nazian, 38 dari Ipoh, Perak tidak menafikan perasaan berdebar menanti hari Wukuf. Hal ini ditambah lagi selepas mendengar pengalaman daripada jemaah haji sebelum ini.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Waktu Paling Mencabar

“Saya mendengar daripada rakan-rakan yang menyatakan waktu berada di Arafah adalah waktu yang paling mencabar. Namun saya melakukan persiapan dengan mengkaji daripada pengalaman rakan-rakan, kumpulan jemaah haji di media sosial. Selain itu, banyakkan berdoa supaya urusan di Masyair dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Maktab 79, Al Amin Jaminon, berkata pihak TH turut menyediakan batu untuk melontar di jamrah, payung dan pelekat sebagai persediaan di Arafah kelak.

“Kita sudah mula mengedarkan semua barangan ini ke bilik jemaah secara berperingkat. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan jemaah supaya mengurangkan perjalanan ke luar – Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *