ISTE Nobat Guru Dari Keningau Terima Anugerah

keningau

KENINGAU – Dr Sirhajwan Idek yang merupakan Guru Bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau (KVC) telah dinobatkan sebagai seorang daripada penerima 20 to Watch Award oleh International Society for Technology in Education (ISTE).

Melalui portal The International Society for Technology in Education (ISTE), senarai pemenang termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Northern Mariana Islands telah diumumkan. ISTE merupakan sebuah persatuan pendidikan yang berpangkalan di AS menerusi laman sesawang.

Menurut Sirhajwan, 35, anugerah itu bersempena dengan sumbangan beliau merintis program pendidikan maya. Kaedah ini membolehkan pelajar dan guru di negara ini menyertai sesi latihan serta pembelajaran secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet atau Zoom.

Beliau berkata, program pendidikan maya dikenali Virtual, Remote, Live atau Viral telah diiktiraf sebagai satu daripada amalan terbaik pendidikan. Pengiktirafan ini dibuat oleh Pusat Serantau bagi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal, Pertubuhan Menteri-Menteri Asia Tenggara (SEAMEO). Pusat ini berpangkalan di Brunei.

“Projek ini berjaya menghubungkan lebih 2,000 pelajar dan guru di Malaysia dengan pendidik golongan ilmuwan dari negara lain. Kaedah ini membantu mereka mempelajari pelbagai topik serta mengetengahkan hasil kerja mereka dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Sebagai penerima anugerah, Sirhajwan menerima plak, keahlian premium ISTE, pendaftaran percuma ke persidangan maya. Selain itu, beliau juga berpeluang untuk menyumbang terhadap pendidikan berasaskan teknologi melalui penulisan artikel dan sesi perkongsian.

Sementara itu, Pengarah KVC, Nordin Akup mengucapkan tahniah kepada Sirhajwan. Hal ini kerana kegigihannya memberi peluang pembelajaran kepada pelajar dan pendidik dengan meneroka pelbagai kaedah.

“Saya harap guru-guru di kolej ini untuk terus cekal memberi yang terbaik dalam mendidik generasi muda negara,” katanya. Keningau ialah sebuah daerah yang terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 106 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *