Isu air Sabah : Mahasiswa UMS Anjur Perhimpunan 14 Jun

KOTA KINABALU – Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun 2024. Perhimpunan ini akan berlangsung di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Perkara itu dimaklumkan oleh kumpulan mahasiswa Suara Mahasiswa UMS dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Kenyataan itu diterbitkan di semua rangkaian media sosial mereka.

air

Memetik perincian sidang media itu, Suara Mahasiswa UMS menegaskan bahawa isu air ini telah lama berlaku. Perhimpunan yang bakal diadakan adalah sebagai simbol bantahan terhadap kegagalan pihak bertanggungjawab.

Wakil Suara Mahasiswa UMS ketika dihubungi memaklumkan bahawa selain mahasiswa, perhimpunan tersebut terbuka kepada penduduk dan masyarakat lain yang turut terkesan dengan isu bekalan air di Sabah.

Memberi respon kepada soalan kebenaran berhimpun, Suara Mahasiswa UMS akan menghantar pemakluman kepada pihak polis. Selain itu satu sidang media bersama Sekretariat Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah akan diadakan pada 7 Jun (Jumaat) ini.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Simbolik Menuntut Hak dan Kebajikan Masyarakat

“Kami akan menghantar surat atau notis pemakluman kepada pihak polis dalam masa terdekat dan satu sidang media bersama sekretariat ini akan diadakan pada Jumaat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dalam satu kenyataan media bersama BERNAMA pada Rabu berkata tindakan kumpulan pelajar itu boleh menjejaskan imej universiti selain memberi gangguan kepada ketenteraman awam.

Memberi respon kepada Naib Canselor UMS, wakil Suara Mahasiswa UMS memaklumkan bahawa perhimpunan ini tidak akan mencemarkan imej universiti. Hal ini sebaliknya simbolik keberanian menuntut hak dan kebajikan masyarakat.

air
pertemuan secara langsung bersama komuniti PPR Taman Kinarut Ria, membahas krisis bekalan air yang sedang berlaku.

“Ini masalah bila kita terlalu terhegeh-hegeh ingin menjaga nama baik, sedangkan yang paling penting dalam perhimpunan ini adalah untuk memberi mesej jelas kepada pihak bertanggungjawab seperti JANS dan Kerajaan Negeri untuk memenuhi tuntutan kebajikan dan hak rakyat Sabah terutama melibatkan jaminan bekalan air bersih. Perhimpunan mahasiswa bersama rakyat akan tetap diteruskan,” ujarnya tegas.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *