Kerjasama Masyarakat Penting Banteras Jenayah Rentas Sempadan.

sempadan

TAWAU – Batu Payung, yang terletak berhampiran dengan laut dan negara jiran, berpotensi menghadapi jenayah rentas sempadan. Melalui program Jiwa Madani yang diadakan disini, masyarakat kampung diberikan taklimat mengenai tanggungjawab dan kerjasama yang diharapkan daripada masyarakat dalam mengekalkan keselamatan kampung.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkongsi maklumat penting mengenai cara-cara mencegah dan melaporkan aktiviti jenayah. Selain daripada MKN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut bersama dalam program ini. Dengan tujuan untuk memberikan panduan dan bimbingan mengenai inisiatif kewangan daripada kerajaan terutamanya berkenaan dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

sempadan

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, setiap ahli masyarakat memainkan peranan penting. Terutama dalam menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat apabila berlaku situasi mencurigakan.

Katanya, penduduk di Kampung (Kg) Batu Payung, Kg. Tinagat dan Kg. Membalua yang terletak di sempadan negara dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas adalah contoh terbaik mempunyai kesepakatan menjaga kampung mereka.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

“Ia terbukti kerana penduduk di situ telah memberikan kerjasama. Perkara ini dilakukan dengan cara memberi maklumat kepada pihak berkuasa dan keselamatan sehingga dapat mematahkan aktiviti jenayah di kawasan mereka.

“Banyak kejayaan pasukan keselamatan menerusi bantuan penduduk di kawasan berkenaan termasuklah menggagalkan aktiviti penyeludupan barang terlarang dan penyeludupan manusia,” katanya.

sempadan

Selain itu, Encik Azuary Abdul Aziz dari Pegawai Penerangan Tawau turut berkata program ini memberi peluang kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat secara terus. Selain itu, untuk mendedahkan masyarakat kepada dasar-dasar kerajaan yang ada pada hari ini.

Secara keseluruhan, program Jiwa Madani ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membimbing komuniti Batu Payung. Dengan sokongan agensi-agensi yang relevan dan kerjasama masyarakat setempat, program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tetapi juga mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *