Kemalangan Bas Ekspres, Jatuh Gaung 50 Meter

Kemalangan

LAHAD DATU – Satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres telah berlaku pada 9.24 malam di Batu 9, Jalan Silam.  Enam penumpang dilaporkan cedera termasuk seorang pemandu bas ekspres.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 malam.

Kemalangan

20 anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian bersama empat buah jentera bagi menjalankan operasi menyelamat. Bas ekspres dilaporkan terbabas dan terjatuh ke dalam gaung yang mempunyai kedalaman sekitar 50 meter.

“Menurut laporan kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres hilang kawalan dan terjatuh ke gaung sedalam 50 meter.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, seramai 13 penumpang termasuk dua pelancong asing telah keluar sendiri dari bas berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Menurutnya, terdapat enam mangsa termasuk pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Semua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

“Seterusnya semua mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans. Jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga digunakan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sumsoa berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam.

Turut terlibat dalam membantu operasi ini adalah, anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *