Layanan Adil dan Saksama Untuk Semua Kaum

TAWAU – Pengerusi Parti Harapan Rakyat Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah baru-baru ini menyatakan rasa bangga dan gembiranya melihat penduduk pelbagai kaum di Sabah, khususnya di Merotai, bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai. Program ini diadakan di Perkarangan Dewan Kg. Iban Merotai, Tawau.

Walaupun negara menghadapi pelbagai sentimen perkauman, namun sambutan meriah dan penuh semangat ini membuktikan bahawa masyarakat di Sabah tidak terkesan dengan sentimen negatif yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

kaum

Beliau menegaskan bahawa Pesta Kaamatan dan Gawai akan dijadikan acara tahunan yang akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tidak pernah mengetepikan mana-mana kaum di negeri ini. Di bawah pimpinan Ketua Menteri, kerajaan GRS terus berusaha memastikan semua kaum mendapat layanan yang adil dan saksama.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Liew juga menekankan bahawa sambutan besar-besaran Pesta Kaamatan dan Gawai yang dianjurkan kali ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan GRS bersikap adil kepada semua kaum di Sabah. Kerajaan GRS komited untuk menunjukkan bahawa semua etnik di negeri ini dihargai dan diberi perhatian yang sewajarnya.

kaum

Dengan adanya acara seperti Pesta Kaamatan dan Gawai, hubungan antara kaum dapat dieratkan dan semangat perpaduan dapat diperkukuhkan. Liew berharap agar sambutan ini akan menjadi simbol keharmonian dan kebersamaan rakyat Sabah. Selain itu, program ini juga membuktikan bahawa Sabah adalah contoh terbaik kepada seluruh negara dalam aspek perpaduan kaum.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *