Liga Bola Sepak SAFA Tawau Bakal Bermula Julai

TAWAU – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menzahirkan harapan yang tinggi terhadap pertandingan Liga SAFA Tawau yang dijadualkan bermula pada bulan Julai ini.

Pertandingan tahunan ini dinantikan bukan sahaja oleh para pemain dan pasukan bola sepak di Tawau, tetapi juga oleh peminat bola sepak tempatan yang sentiasa menunggu detik permulaan liga ini.

“Liga SAFA Tawau merupakan satu acara tahunan yang diharapkan akan berjalan dengan lancar. Pertandingan ini adalah platform penting untuk mencungkil bakat-bakat baharu. Selain itu, pertandingan ini akan memberikan pengalaman berharga kepada pasukan bola sepak dengan tahap yang tinggi dan profesional.”

safa

Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika menziarahi program qurban sempena Hari Raya Aidiladha. Beliau menyempurnakan sembelihan qurban untuk Kampung Titingan dan PPRT Sri Titingan,. Selain itu, beliau turut berkunjung ke program Qurban di KD Sri Tawau, PPRT Taman Sri Apas, dan Masjid Kinabutan Kecil. Sebanyak 18 ekor lembu telah diserahkan untuk dijadikan qurban pada hari raya kali ini, sebagai usaha merapatkan silaturahim bersama masyarakat di kawasan DUN Apas.

Nizam turut menyatakan bahawa program qurban ini telah menjadi rutin bagi beliau selaku ADUN Apas. “Program ini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan tetapi juga menjadi satu cara untuk mendekati dan memahami keperluan masyarakat di kawasan ini,” ujarnya.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kembali kepada Liga SAFA Tawau, Nizam berharap agar para pemain dapat bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Selain itu, dapat mempertingkatkan mutu sukan bola sepak di Tawau. “Tujuan menganjurkan pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain untuk berkembang. Seterusnya memperlihatkan bakat mereka di peringkat yang lebih tinggi,” tambah beliau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *