Pembelajaran Sepanjang Hayat Ditekankan di Karnival NTW 2024

karnival

TAWAU – Bertempat di Kolej Komuniti Tawau telah berlangsung Karnival TVET National Training Week (NTW) Kolej Komuniti Tawau 2024. Program ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang peserta. Mereka terdiri daripada semua lapisan peringkat umur merangkumi golong belia, B40, pengusaha, ibu tunggal, OKU, warga emas dan komuniti setempat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.68 Apas. Dalam ucapannya, Datuk Nizam menyatakan, “NTW 2024 membawa harapan baru bagi seluruh rakyat terutamanya Sabahan. Ia bukan sekadar satu acara, tetapi peluang untuk kita semua meneroka potensi diri dan meningkatkan kemahiran kita. Budaya pembelajaran sepanjang hayat adalah kunci kejayaan dalam ekonomi global yang semakin berubah.”

karnival

Sebanyak 10 kursus dilaksanakan secara serentak dalam penganjuran kali ini. Antaranya kursus asas penjagaan kenderaan, asas pengenalan asas kenderaan hybrid dan kursus asas pengurusan jenazah. Selain itu, turut berlangsung kursus asas get-get logik, kursus asas keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sistem automasi bangunan (KNX), daily communicative english, kursus asas table setting, excel for beginner dan kursus asas canva.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beri pendedahan kepada komuniti

Program ini merupakan kerjasama antara Kolej Komuniti Tawau dengan HRD Corp Tawau sempena National Training Week (NTW). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti dalam pelbagai aspek. Selain itu, program ini memberi kesedaran kepentingan kemahiran untuk pembangunan diri. Aktiviti ini juga membolehkan para peserta dapat menguasai kemahiran dalam bidang yang diceburi.

karnival

Hadir bersama Encik Nizam Limun Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau dan Encik Abd Hamid Hassan Ketua Pejabat NIOSH Tawau. Selain itu, turut hadir Encik Gazali Shah Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Dr Lina binti Thomas @ Tupana Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dan Ts. Md Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat Pengarah Kolej Komuniti Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *