Cadangan Perpustakaan Pintar Di Sekolah Bakal Dipertimbang

sekolah

TAWAU – Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui menyatakan hasratnya untuk menubuhkan ‘Smart Library’ dan ‘Smart Class’ di kesemua 48 buah sekolah di Tawau. Ini adalah selaras dengan slogan “Majukan Pendidikan Tawau” dan menunjukkan komitmen beliau untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan tersebut secara proaktif. Usaha ini akan dilaksanakan dengan kerjasama PPD Tawau, PIBG, dan pemimpin setempat.

Lo baru-baru ini menghadiri Majlis Rahmatmu Guru Peringkat Parlimen Tawau, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau. Majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru yang memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan di kawasan tersebut.

Menurut data perangkaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peratusan sekolah di Sabah berada dalam keadaan daif adalah tinggi. Beliau menekankan bahawa banyak sekolah di Tawau menghadapi masalah hakisan, bangunan uzur yang membahayakan nyawa, seperti yang dialami oleh salah sebuah sekolah di daerah iniĀ  yang telah menghadapi masalah hakisan tanah selama lebih daripada lima tahun dan mempunyai tiga bangunan dalam keadaan yang membimbangkan.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Mengenai Program Rahmatmu Guru, Lo menyatakan kegembiraannya kerana dapat menghadiri majlis tersebut. Seterusnya memberikan penghargaan kepada guru-guru dengan cara yang bermakna. Beliau menyerahkan sumbangan kepada guru-guru yang memerlukan bantuan kewangan untuk perbelanjaan rawatan dan perubatan. Selain itu, beliau juga memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan, termasuklah peralatan seperti smart TV.

Program Rahmatmu Guru adalah satu langkah penting dalam mengiktiraf jasa guru-guru dan meningkatkan kualiti pendidikan di Tawau. Dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, beliau yakin bahawa pendidikan di Tawau akan terus maju. Selain itu, memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *