Projek Perumahan Rakyat Bukan Untuk Dijual Beli

perumahan

TAWAU – Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menyuarakan kebimbangan beliau terhadap isu penjualan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Datuk Nizam turut menekankan pentingnya penduduk perumahan rakyat untuk tinggal mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Beliau menegaskan bahawa adalah tidak wajar untuk memindah milik rumah PPRT kepada individu yang tidak layak. Ini adalah untuk memastikan bahawa rumah-rumah tersebut hanya dihuni oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

perumahan

“Perumahan rakyat mempunyai 900 ketua keluarga yang tinggal di sini dan mereka harus tinggal mengikut perjanjian. Kita perlu pastikan bahawa rumah-rumah ini tidak dipindah milik kepada orang yang tidak sepatutnya,” tambahnya.

Isu penjualan rumah PPRT oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah satu masalah serius yang memerlukan tindakan tegas. Program seperti yang dianjurkan oleh MPT diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan memastikan bahawa rumah PPRT terus berfungsi untuk membantu golongan yang memerlukan.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kenyataan ini dibuat semasa ditemui media dalam satu program komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di Taman Sri Apas hari ini.

Terdahulu, Datuk Nizam menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Majlis Perbandaran Tawau atas kejayaan menganjurkan Program Libat Urus dan Karnival Komuniti Tawau Aktif. Program ini yang telah diadakan sejak enam tahun lalu.

perumahan

Perasmian Gelanggang Futsal

Program ini dianggap sebagai satu pendekatan yang sangat baik. Hal ini kerana program ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai agensi kerajaan. Selain itu juga, Nizam turut merasmikan gelanggang futsal di taman perumahan ini.

“Syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Tawau yang berjaya menganjurkan Program Libat Urus dan Karnival Komuniti Tawau Aktif. Program ini adalah satu pendekatan yang cukup baik, di mana MPT bersama dengan agensi turun berjumpa dengan komuniti,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Mohd Soffian Mohd Said.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *