Galakkan Lebih Banyak Program Promosi Tawau

tawau

TAWAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, memaklumkan bahawa peranan Majlis Perbandaran Tawau amat penting dalam penganjuran program-program di daerah ini. Penganjuran program kebudayaan dan keseniaan harus ditingkatkan seperti program yang berlangsung pada hari ini iaitu Likefest Kaamatan. Ini merupakan sebuah program yang amat baik.

Kenyataan ini dibuat semasa beliau merasmikan Likefest Kaamatan 2024, sebuah program yang dianggap sebagai pemanasan sebelum Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) yang akan berlangsung pada penghujung bulan Jun nanti.

Menurut Nizam, Tawau memerlukan satu bulan yang dikhususkan sebagai bulan pelancongan. Bulan ini akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang bersesuaian. Untuk melaksanakan program ini, perlu kerjasama pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTEC).

“Warga Tawau dan Kalabakan tidak jemu untuk menyokong program-program yang telah diadakan, dan ini adalah perkara yang cukup positif,” tambahnya.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Merancakkan Ekonomi Di Daerah Ini

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Keusahawanan dan Perindustrian, Datuk Andi Suryady Bandy. Ketika ditemui media, YB Andi berkata, “Program sebegini sudah pasti merancakkan dan mempelbagaikan sumber pendapatan kepada usahawan yang berada di daerah ini.”

Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam program ini adalah antara perkara menarik dalam program kali ini. Hal ini untuk mendedahkan anak muda di Tawau dan Kalabakan kepada kebudayaan dan mencungkil bakat serta pengetahuan mereka.

Pengarah program, Lia Nathalia, berasa amat bersyukur dengan kejayaan program yang dianjurkan. Sebagai anak jati Tawau, beliau berasa puas hati dapat berbakti kepada masyarakat di sini.

tawau

FKAT yang bakal berlangsung pada bulan Jun nanti dijangka menarik lebih banyak perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Program ini adalah satu langkah penting dalam mempromosikan daerah ini di peringkat antarabangsa.

Selain itu, sokongan berterusan daripada pihak berkuasa tempatan dan warga setempat, lebih banyak program promosi dapat diadakan pada masa akan datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *