MAPEC SMK Titingan Suntik Semangat Pelajar

titingan

TAWAU – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, hadir merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Titingan Tawau bagi Tahun 2023. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tahun ini.

Dalam ucapannya, Datuk Nizam menyatakan kegembiraannya dapat bersama-sama warga SMK Titingan. Beliau menekankan bahawa SMK Titingan adalah satu-satunya sekolah menengah yang terletak di DUN Apas, menjadikannya dekat di hatinya dan penting untuk dijaga dan dibangunkan dengan baik. Beliau turut menyatakan rasa rapatnya dengan warga sekolah, termasuk guru, ibu bapa, dan pelajar.

titingan

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan SMK Titingan menjadi antara sekolah terbaik di Tawau dan di Sabah. Saya sentiasa memberikan cabaran kepada SMK Titingan untuk menyahut cabaran menjadi sekolah terbaik,” kata Datuk Nizam.

Datuk Nizam juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas pencapaian cemerlang sekolah tersebut. Terutama dengan peningkatan peratusan Layak Mendapat Sijil (LMS) yang mencapai 99.36 peratus. “Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa dan menjadi suntikan semangat kepada para pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun 2024,” tambah beliau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut memuji beberapa inisiatif yang memberikan insentif kepada warga guru melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terhadap prestasi cemerlang mereka. “insentif ini diharap dapat menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan yang terbaik,” ujar Datuk Nizam.

titingan

Terus Berkembang Maju

Untuk memastikan kejayaan berterusan, Datuk Nizam mencadangkan agar lebih banyak aktiviti diadakan. Terutamanya untuk melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dalam pelbagai aspek. Beliau berharap SMK Titingan akan terus berkembang maju dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Titingan 2023 bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai usaha dan pencapaian pelajar, tetapi juga untuk mengukuhkan semangat komuniti sekolah dalam mencapai kecemerlangan bersama.

Turut disampaikan Anugerah Tokoh SPM 2023 kepada Muhammad Danial bin Musafir, manakala Anugerah Permata Titingan diberikan kepada Nurbayyah Binti Abdulrahim. Kedua-dua pelajar ini telah menunjukkan prestasi yang luar biasa dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan mereka.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *