Harnoman Appid, atau lebih dikenali sebagai ‘Nomang’, merupakan seorang pemain bola sepak tempatan dari Tawau yang mula aktif dalam sukan ini pada usia 14 tahun. Bagi Nomang, bola sepak bukan sekadar sukan biasa, tetapi suatu kegiatan yang mendapat tempat utama di Malaysia dan di seluruh dunia.
Ia bukan hanya membolehkan dia mempertingkatkan kemahiran permainan, tetapi juga membuka pintu untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan tanpa mengira bangsa atau agama. Idola utama Nomang dalam dunia bola sepak adalah Thierry Henry.
Kebolehan Henry dalam menyelesaikan perlawanan dengan ketajaman, dribbling yang cekap, kelajuan, dan kekuatan. Idola ini telah memberi panduan yang mendalam dalam pencapaian dalam bola sepak. Selain itu, momen paling membanggakan dalam kerjayanya adalah ketika Pasukan Tawau berjaya mencipta sejarah. Apabila menjadi juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Musim Ketiga pada tahun 2017/2018.
Kejayaan ini bukan hanya mencerminkan kecemerlangan pasukan. Tetapi juga mengukuhkan Tawau sebagai daya saing yang berpotensi dalam arena bola sepak tempatan. Bagi Nomang, sukan khususnya bola sepak memainkan peranan penting dalam membentuk jati dirinya. Ia tidak hanya meningkatkan disiplin diri, tetapi juga memberi semangat kejayaan dan ketekunan dalam kehidupan seharian.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Untuk masa depan bola sepak di Tawau, harapannya adalah untuk melihat lebih banyak program yang diperuntukkan bagi mengenal pasti dan memajukan bakat-bakat muda. Dia berimpian untuk menubuhkan pasukan Twu Team. Dengan harapan untuk bermain dalam liga-liga utama seperti M5, M4, atau M3. Hal ini akan memberikan pendedahan yang lebih luas kepada pemain-pemain tempatan dari Tawau. Namun, beliau sedar bahawa matlamat ini memerlukan bajet yang mencukupi untuk dapat direalisasikan