Sambungan Haram Bekalan Air di Sungai Kinabutan Kecil

air

TAWAU – Jabatan Air Tawau baru-baru ini melaksanakan kerja-kerja memotong sambungan haram bekalan air di kawasan Sungai Kinabutan Kecil. Tindakan ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat Tawau, dengan majoriti komen pada hantaran di platform Tawaukini yang diterima adalah positif dan menyokong usaha tersebut.

Tindakan memotong sambungan haram ini dilihat sebagai langkah yang wajar diambil oleh pihak berkuasa. Menurut pendapat ramai, perbuatan ‘mencuri air’ tidak sepatutnya berlaku. Terutama sekali ketika ramai penduduk lain membayar bil bulanan mereka dengan penuh tanggungjawab. Seorang penduduk tempatan menyatakan bahawa adalah tidak adil apabila orang lain membayar bil air setiap bulan, manakala terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan mencuri air.

Selain menyokong tindakan tersebut, masyarakat juga memberikan beberapa cadangan bagi memastikan masalah ini tidak berulang di masa hadapan. Mereka mencadangkan tindakan undang-undang yang tegas terhadap pelaku dan menyiasat paip air yang terlibat dan mengenakan bayaran kepada pemilik rumah yang terlibat. Cadangan lain juga menyarankan pihak berkuasa menjalankan pemantauan berkala, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mereka turut menekankan bahawa penguatkuasa perlu kerap turun padang untuk memantau situasi.

air

Elak Bayar Bil

Di sebalik sokongan yang diberikan, terdapat juga pandangan yang menyentuh mengenai punca mengapa sesetengah golongan mungkin terlibat dalam perbuatan mencuri air. Antara sebab yang dikenal pasti termasuk mengelak daripada membayar bil dan rumah yang didirikan di kawasan yang tidak sepatutnya menyebabkan mereka tidak mempunyai akses kepada bekalan yang sah. Selain itu, mereka juga berkemungkinan kekurangan maklumat mengenai pemasangan air secara sah.

Meskipun terdapat pelbagai pandangan, satu perkara yang pasti adalah pentingnya kerjasama semua pihak dalam menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan setempat. Orang ramai diharap sentiasa melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau tidak wajar kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Dengan langkah-langkah proaktif dan kesedaran masyarakat, diharap masalah sambungan haram bekalan ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Hal ini untuk memastikan hak dan keadilan untuk semua penduduk Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *