BKNS Terima Sumbangan RM1 Juta

KOTA KINABALU – Sumbangan berjumlah RM1 juta telah disampaikan oleh SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) kepada Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) pada majlis pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).

Sumbangan ini bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar Sabah yang berkelayakan. Terutamanya golongan kurang berkemampuan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ini seiring dengan nilai teras dan komitmen SMJE untuk memperkasakan generasi masa depan negeri ini.

sumbangan

Pengarah Eksekutif SMJE, Datuk Brenndon Soh, menegaskan bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Sabah. Terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran kewangan. “Melalui sumbangan ini, SMJE berbesar hati menyokong Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan misinya untuk memperkasakan pelajar yang layak mencapai impian akademik mereka,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa pelaburan ini bukan sahaja untuk individu, tetapi juga untuk kemajuan dan kemakmuran keseluruhan Sabah. Sumbangan ini menunjukkan komitmen SMJE terhadap tanggungjawab sosial di Sabah. Terutamanya dari segi pendidikan dan membantu pelajar keluar dari kitaran kemiskinan untuk menjadi penyumbang positif kepada keluarga dan masyarakat.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Majlis Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menyaksikan sokongan penuh SMJE terhadap pendidikan. Brenndon Soh menyatakan bahawa sumbangan kewangan ini penting untuk meringankan beban pelajar yang layak. Hal ini supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mencapai aspirasi akademik mereka.

Biasiswa ini akan dikendalikan melalui program BKNS dan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik serta memiliki potensi kepimpinan. Inisiatif SMJE ini bertujuan membolehkan para pelajar yang berbakat mencapai potensi penuh mereka.

Dengan sumbangan dan usaha yang berterusan seperti ini, SMJE berharap dapat memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pendidikan di Sabah dan memastikan lebih ramai pelajar mempunyai peluang untuk berjaya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *