Peruntukan Kerja Penyenggaran Jalan Persekutuan Di Sabah Cecah RM130 Juta

peruntukan

TAWAU – Peruntukan berjumlah RM130 juta diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk jalan Persekutuan di Sabah tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu RM9.979 juta diperuntukkan kepada daerah Tawau.

peruntukan

“Pada hari ini saya sendiri meninjau keadaan jalan Persekutuan iaitu R13 Jalan Sandakan-Tawau. Sebelum ini saya dengar banyak rungutan jalan teruk termasuk dari wakil rakyat di sini semasa persidangan di Parlimen. Kebetulan ada kejadian runtuhan pembetung di sini menyebabkan kerosakan struktur jalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pembentung runtuh itu.

Beliau berkata runtuhan di Seksyen 256.295 itu menyebabkan satu laluan jalan terpaksa ditutup. Peruntukan RM1.506 juta telah diluluskan bagi pembaikan semula yang dijangka siap Oktober ini.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain itu, katanya KKR turut memohon peruntukan lebih daripada kerajaan untuk tahun hadapan. Peruntukan ini bagi pembaikan jalan sempena Malaysia menjadi pengerusi Mesyuarat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia pada 2026.

“Fokus berterusan terhadap penyenggaraan jalan raya ini merupakan komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten,” katanya.

Beliau juga mendengar rintihan rakyat berhubungan masalah lampu jalan dan meminta syarikat konsesi menggunakan kaedah praktikal serta mengikut kemampuan kewangan antaranya pemasangan lampu ‘cat eye’ atau lampu solar di jalan-jalan gelap dan berisiko. – BERNAMA

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *