KKM Fokus Tangani Permasalahan Kesihatan di Sabah Melalui Program Madani Afiat

madani
TAWAU :  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus komited dalam menangani pelbagai isu kesihatan di Sabah melalui program Madani Afiat, sebahagian daripada Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat Sabah. Selain itu, untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh sistem kesihatan negeri ini. 10,000 peserta dan pengunjung hadir bagi memeriahkan suasana dan memberikan sambutan hangat kepada program yang diadakan.
madani

Program ini dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Program ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti ‘10,000 Langkah’, yang menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman berjalan kaki. Sebelum itu, Program Keagamaan ‘Subuh Seperti Solat Jumaat’ juga diadakan di Masjid Raya Tawau dengan menampilkan Ustadz Das’ad Latiff sebagai penceramah jemputan.

Menteri Kesihatan turut mengulas tentang pelbagai permasalahan kesihatan di Sabah. Beliau menegaskan bahawa KKM sedar akan kekurangan doktor di Sabah. Dengan itu, pihaknya sedang menjalankan kajian untuk menangani masalah yang dihadapi oleh petugas kesihatan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Menurut Dr. Dzulkefly, nisbah doktor di Sabah adalah 1 doktor untuk 912 pesakit. Perkara ini dibandingkan dengan nisbah nasional iaitu 1 doktor untuk 400 pesakit. Kekurangan ini menuntut tindakan segera untuk merapatkan jurang tersebut dan memastikan semua rakyat Sabah mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemudahan kesihatan di Sabah, KKM sedang menaiktaraf 58 klinik kesihatan yang daif. Sehingga kini, 15 klinik telah siap dinaiktaraf sepenuhnya, manakala 43 lagi masih dalam perbincangan.

madani

Beri Tumpuan Kepada ILKKM

Dr. Dzulkefly juga menyatakan bahawa KKM akan memberikan tumpuan kepada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Hal ini untuk meningkatkan kemahiran dan bilangan petugas kesihatan di Sabah. Ini termasuk usaha untuk mengangkat Hospital Tawau dan Hospital Sandakan sebagai hospital bertaraf negeri.

Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya menunjukkan komitmen KKM dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Dengan langkah-langkah proaktif yang diambil, diharapkan masalah kesihatan di negeri ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Seterusnya membawa Sabah ke arah yang lebih maju dan sihat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *