Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau Memerlukan Penaiktarafan Segera

TAWAU – Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang meluahkan keluhan mengenai keadaan sesak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau (LTAT). Keadaan ini timbul kerana lapangan terbang tersebut bukan sahaja digunakan oleh penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing, terutama dari China, setelah penerbangan terus dari negara tersebut dibuka. Pelbagai keluhan masyarakat diterima mengenai kesesakan yang berlaku.

Menerusi satu hantaran di Facebook Lensa Aviasi Tawau menekankan keperluan mendesak untuk menaik taraf LTAT. “Semoga ada pihak yang dengar luahan rakyat… benda baik, ambillah untuk kebaikan bersama… mungkin dah sampai masa Lapangan Terbang Tawau dinaik taraf.. mereka bukan merungut.. mereka hanya bersuara perkara yang betul.”

Perkara ini telah pun mendapat perhatian pihak berwajib sebelum ini. Memetik laporan Utusan Borneo yang diterbitkan pada 6 Disember 2023, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, meminta kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) agar menaik taraf infrastruktur di LTAT dengan segera. “Saya percaya sekiranya LTAT dapat dinaik taraf, sudah pasti banyak lagi permintaan penerbangan terus dari luar negara. Hal ini sekali gus dapat merangsang pertumbuhan pelancongan serta ekonomi Sabah,” katanya.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Dalam laporan berasingan terbitan Sabah News Today, ADUN Sri Tanjong, YB Justin Wong, turut menyuarakan cadangan ini. Setelah itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, menyatakan projek penaiktarafan ini dijangka dimulakan pada tahun 2024. Projek ini dijangkakan siap pada pertengahan 2027.

lapangan terbang
Gambar : Facebook Tawau Things

Keperluan untuk menaik taraf LTAT amat mendesak bagi memastikan keselesaan penumpang dan merangsang pertumbuhan ekonomi serta sektor pelancongan di Sabah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *