TAWAU – Malaysia dikenali sebagai peneraju dalam industri halal global, dengan potensi ekonomi yang besar dan sumbangan signifikan kepada ekonomi negara. Datuk Andi Suryady, Ahli Parlimen Kalabakan merangkap ADUN Tanjung Batu, hadir merasmikan Program Jelajah Halal di Tawau.
Program ini bertujuan memberi pencerahan tentang usaha Malaysia menjadi hub industri halal global dan memperkasa usahawan untuk terlibat dalam industri halal. Pada tahun 2030, dijangka industri ini akan menjana USD 5 trilion. Andi berharap jelajah ini dapat memberi penerangan kepada usahawan dan pemegang taruh di Sabah, khususnya Tawau, untuk terlibat dalam rantaian bekalan halal.
Program jelajah ini adalah yang kedua, selepas Pahang pada awal Julai 2024, dengan Sabah sebagai negeri kedua. Seterus di Pulau Pinang menyusul pada Oktober nanti. Program ini berlangsung di Borneo Royale Hotel dari 23 hingga 25 Julai 2024. Program ini menampilkan agensi kerajaan seperti MITI, MIDA, MATRADE, SEDCO, MARA, SIRIM, dan MIDF.