Peraturan Baharu COVID-19 Berkuat Kuasa 15 Julai

covid

KUALA LUMPUR – Bermula 15 Julai 2024, individu yang dikesan positif COVID-19 tidak lagi akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa individu yang disahkan positif hanya digalakkan untuk memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial, dan mengelakkan tempat sesak.

Menurut kenyataan KKM, individu positif COVID-19 akan dirawat seperti pesakit yang mengalami jangkitan saluran pernafasan lain. Langkah ini diambil selepas jumlah kes COVID-19 serta kes kematian menunjukkan penurunan yang signifikan. Selain itu, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia setakat ini.

covid

Bagaimanapun, individu yang disahkan positif masih boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran. Hal ini disarankan sekiranya individu mengalami gejala berterusan atau semakin teruk. Pemberian sijil cuti sakit dan rujukan ke hospital sekiranya perlu akan dibuat berdasarkan penilaian pegawai perubatan yang merawat mereka.

KKM juga menyatakan bahawa varian yang sedang menular di Malaysia kini adalah varian Omicron. Selain itu, subvarian daripada Omicron terdiri daripada Variant of Concern (VOC), Variant Of Interest (VOI), dan Variant Under Monitoring (VUM). Walaupun negara memasuki fasa peralihan untuk hidup bersama COVID-19, KKM akan terus memantau situasi terkini di peringkat global dan dalam negara.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Tiga indikator utama yang akan dipantau ialah kes baharu COVID-19, kes kematian, dan kemasukan kes COVID-19 ke hospital. Dinasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan bagi mengelakkan jangkitan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *