Peruntukan RM211 Juta untuk Projek Pembangunan di Sabah

peruntukkan

KOTA KINABALU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah menyediakan peruntukan sebanyak RM211,898,427 untuk pelbagai projek pembangunan di Sabah tahun ini. Menteri KPKT, Nga Kor Ming, menyerahkan peruntukan tersebut kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Penyerahan tersebut berlangsung di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, pada Jumaat.

Peruntukan ini akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek di bawah KPKT dan agensi-agensi berkaitan di Sabah. Hajiji juga menyaksikan penyerahan Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Baru Kayu Madang Kota Kinabalu kepada kerajaan negeri. Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman Taib, menyerahkan dokumen siap projek tersebut kepada Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Wong.

May be an image of 9 people, dais and text

Projek ini, yang dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Projek ini melibatkan pembinaan sel baru di tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Kayu Madang dengan kos RM44.14 juta. Tapak ini mampu menerima 850 metrik tan sisa pepejal sehari. Tapak ini juga dilengkapi dengan sistem linear, sistem pengumpulan leachate, dan sistem pelepasan gas.

JPSPN juga telah menaik taraf ‘Leachete Treatment Plant’ dengan menggunakan teknologi nano filtrasi yang canggih. Teknologi ini membolehkan air larut resap melepasi 24 parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum dilepaskan ke punca air. Projek ini memberi manfaat kepada penduduk di lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  PBT yang terlibat iaitu DBKK, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Kota Belut, dan Majlis Daerah Penampang.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Projek Lain

Selain itu, JPSPN sedang merancang dua lagi projek bernilai RM77 juta. Projek tersebut ialah Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Pantai Barat Selatan (RM47 juta). Selain itu, satu lagi projek ialah Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Labuk, Sandakan (RM30 juta).

KPKT juga memohon peruntukan daripada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 bagi empat lagi projek pengurusan sisa pepejal di Sabah yang bernilai hampir RM105 juta. Projek-projek tersebut termasuk pembinaan Fasa 1 Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Berpusat Lahad Datu Landfill Level 4 (RM40,995,364.86). Selain itu, projek penutupan selamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kampung Langkawit, Papar (RM17,010,000.00) dan pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Kota Marudu (RM21,011,898.48). Manakala satu lagi projek ialah pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Keningau (RM25,956,844.95).

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *