Selain itu, Bung menyarankan agar kerajaan tidak hanya fokus pada rawatan tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan selepas mereka pulih. Beliau mencadangkan peningkatan pusat serenti dan pendidikan vokasional. Hal ini untuk memastikan penagih dadah memiliki kemahiran yang memadai untuk mendapatkan pekerjaan, menjauhi sikap negatif masyarakat terhadap mereka.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari Muar mengusulkan penubuhan panel. Panel ini melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia untuk merangka pelaksanaan pindaan RUU secara sistematik. Panel ini diharapkan dapat memberi perhatian serius terhadap isu ketagihan berulang. Selain itu juga berharap dapat menyahjenayahkan kesalahan golongan penagih, serta memberi sokongan yang diperlukan dalam proses pemulihan mereka.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini